? Masalah Penglihatan Tidak Jadi Penghalang Genggam Bacelor | Universiti Putra 众博棋牌_众博棋牌

众博棋牌▍游戏平台下载~

图片
? NEWS ? Masalah penglihatan tidak jadi penghalang genggam Bacelor

Masalah penglihatan tidak jadi penghalang genggam Bacelor

Oleh: Dr. Cheng Kai Wah, FEM

SERDANG, 13 Jan – Graduan Orang Kurang Upaya (OKU)Nurul Najwa Khairunnisah Hassim, 28, yang mempunyai kecacatan penglihatan, dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra 众博棋牌 (众博棋牌) berjaya memperoleh Ijazah Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) pada Majlis Konvokesyen 众博棋牌 ke-44 di sini.

“Saya berasa bersyukur kerana saya menamatkan pengajian saya dalam tempoh tiga tahun setengah sama seperti pelajar normal tanpa sebarang penangguhan semester.

“Saya ingin buktikan kepada orang lain walaupun saya ada kecacatan penglihatan tetapi saya mampu hidup seperti orang biasa,” katanya.

Nurul Najwa yang berasal dari Terengganu itu sedar bahawa beliau perlu berusaha dengan lebih gigih dalam mengulang kaji pelajaran serta memerlukan masa tambahan untuk melengkapkan tugasan akademik.

“Saya tidak seperti pelajar normal yang boleh terus membaca, mencatat serta memahami kandungan dalam buku rujukan, nota kuliah dan kertas latihan yang ditetapkan oleh pensyarah,” katanya.

Selain itu, beliau mengambil inisiatif dan masa tambahan untuk mengimbas semua kertas latihan berkenaan kepada format salinan lembut terlebih dahulu sebelum beliau membaca dengan menggunakan screen reader.

Beliau cekal dan berani menghadapi cabaran dalam kehidupan harian dan tidak takut meminta bantuan daripada orang di sekeliling.

“Apabila saya ingin memesan makanan di kafe, saya akan bertanya rakan saya atau siapa-siapa yang terdekat dengan saya pergi ke kafe bersama-sama kerana mata saya tidak nampak menu makanan itu,” katanya.

Nurul Najwa juga aktif dalam program-program OKU anjuran 众博棋牌 dan pernah menerima Anugerah Ibn Maktum dari segi aktiviti pelaksanaan kokurikulum pada sesi 2019/2020.

Beliau amat berterima kasih kepada pensyarah fakulti dan rakan sekelas yang amat bertimbang rasa dan banyak membantu sepanjang sesi pengajian.

“Pensyarah di fakulti saya amat memahami situasi saya dan mereka tidak akan mengetepikan saya di dalam dewan kuliah malah membantu saya menyediakan nota kuliah dalam format salinan lembut untuk saya membuat ulang kaji,” katanya.

Tambah beliau, pensyarahnya juga memberi beliau masa tambahan untuk melengkapkan tugasan akademik dan menjawab soalan peperiksaan.

Najwa berharap agar semua pelajar 众博棋牌 menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk belajar bersungguh-sungguh di 众博棋牌 serta menghargai kesempurnaan yang ada pada diri sendiri dan jangan takut menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Beliau ingin berkongsi kejayaan dan anugerah Ijazah hari ini bersama-sama ibu bapa, bagi beliau merekalah sumber kekuatannya untuk berjaya ke tahap ini. – 众博棋牌

Date of Input: 13/01/2022 | Updated: 13/01/2022 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra 众博棋牌
43400 众博棋牌 Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CVBOFA:05:14